AMARAN

Dalam pengajian Ilmu Hakikat adalah dilarang sama sekali mendatangi dan juga pengetahuan ini di sampaikan kepada Ulama Syarii dan adalah dinasihatkan supaya bertanya, berguru dengan ahli hakikat lagi makrifat lagi mursyid.

Jangan sesekali kata sesat nescaya sesat itu akan balik pada diri sendiri yang mengata!

Selain dari cara syariat dan cara thariqat, terdapat satu lagi untuk merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu cara jalan hakikat.

Cara hakikat merupakan cara yang ketiga iaitu satu cara mendalami ilmu hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu – satu jalan yang di lalui oleh wali – wali Allah, ariffinbillah dan para – para aulia.

Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya dengan Allah S.W.T., dengan cara membongkar menyeliki dan menyaksikan diri sendiri iaitu diri rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dirinya menjadi insan kamil – mukamil.

Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini adalah dinasihatkan terlebih dahulu melalui cara thariqat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari segala bentuk syirik “saghir”, syirik “khafi” dan dan syirik “jalli.”

Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru – guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ke tahap martabatnya.

Untuk pengetahuan lebih jelas, silalah bertanya dengan guru – guru makrifat lagi mursyid.

Adalah perlu ditegaskan di sini matlamat akhir pengajian HAKIKAT adalah untuk megembalikan diri Asal Mu Mula Allah iaitu pada Zahir dan Batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada martabat kemuliaan insan kamil – mukamil.

Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata – mata.

Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada kesinambungan dengan pengajian makrifat.

Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat adalah dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan.